Saturday, September 27, 2014

bayangan hati

 

Hati adalah nakhonda diri,
yang menerangi setiap sepi,
menunjukkan rahsia hakiki,
dengan cara tersendiri.

Tatkala hati diketukkan iman,
jihad diri mulai membara,
kemana hilangnya penghayatan iman,
tatkala dunia huru hara.

Aku berdiri di tengah kesibukan,
mencari rahsia dari teman,
aku inginkan satu pedoman,
yang mampu dijadikan rujukan.

Luluh hati pabila ditanya,
kemana hilangnya segala cahaya,
setitik noda memusnahkan segalanya,
apatah lagi gelap gelita.

Aku mengharapkan suluhan nurMu,
untuk ku menuju ke jalan Mu,
aku mendambarkan pimpinan Mu,
untuk kekal bersama Mu.

Siapalah aku insan yang hina,
noda dan dosa ku bawa kemana,
aku letih mengejar nama,
sehingga aku mengabaikan yang esa.

Ya Allah, ku pohon padamu.
tetapkanlah aku dalam agamamu,
sinarilah hatiku dengan cahayamu,
peliharalah aku untukmu,
cekalkanlah hatiku menghadapi dugaanmu,
wujudkanlah rinduku padamu,
hiburkan aku dengan kasihmu,
peliharalah aku dari murkamu.





Thursday, April 18, 2013

Peranan Remaja Mengekalkan Kestabilan Negara



Cuba kita bayangkan, kita memiliki sepasang tangan, tetapi menggunakan sepasang kaki untuk makan, kerana tangan tidak dapat digunakan.  kita mempunyai sekumpulan belia, tetapi tiada berguna, tidak jelas arah tujuannya. Walhal, remaja merupakan tunjang kejayaan, buat malaysia menempuh kemajuan, remaja bukanlah alat permainan, tetapi perlu memainkan peranan. Atas pedoman ini, percayalah “peranan remaja mengekalkan kestabilan Negara

Salam aspiasiasi buat peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berbahagia. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ceria ikatan murni, salam 1 malaysia.

Kestabilan Negara ditakrifkan sebagai aman situasi politiknya, kukuh dan progresif keadaan ekonominya serta makmur kehidupan warganya, sehingga negara mampu mencorakkan potret kemajuannya, tanpa sebarang halangan, hanyalah kebebasan.

Maka, dalam merealisasikan kestabilan Malaysia, remaja menjadi tonggak utama dalam menggemilangkan Malaysia di mata dunia, dengan mengekalkan kestabilan negara.

Persoalannya, apakah peranan remaja dalam melestarikan kestabilan tanah air tercinta, Malaysia?

Hayatilah cetusan minda kurniaan allah, paragmatik pertama, “ramaja berpersonaliti, Negara dihormati”.

Remaja mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti. Hal ini seiring dengan matlamat kerajaan yang diuar-uarkan menurusi pelbagai kempen seperti kempen “budi bahasa”. Sadarwarsa ini, kemanakah perginya remaja remaja kita? adakah mereka bergelar mahasiswa mahasiswi? ataupun bergelar sampah di lorong lohong sepi? Statistik yang dikeluarkan oleh jabatan kebajikan masyarakat pada tahun 2011, kira-kira 25% remaja kita terlibat dalam gejala sosial yang kritilkal sehingga sukar untuk menarik mereka ke pangkal jalan. Adakah ini yang saya impikan? Adakah ini yang kalian impikan? Adakah ini yang Negara impikan? Ayuh! Bangkitlah para remaja sekalian, sahutlah semboyan Negara, jadilah insan berguna, agar tidak terbazir asset Negara, sehingga terpaksa menggelang kepala. Renungkanlah.

Hadirin sekalian,

Merempuh paragmatik kedua, “Remaja Berilmiah Negara Terserlah”.

Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik, dan kokurikulum. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa Nya. Remaja kita perlu proaktif, bukanya berfikiran negatif, tingkatkan ketekunan dan inisiatif agar memenuhi prasyarat untuk membentuk Negara progresif. Kerajaan turut membelanjakan wang yang banyak bagi memenuhi kebutuhan pendidikan Negara. Buktinya, menurusi bajet 2012 yang dibentangkan oleh datuk seri najib bin tun abdul razak, sebanyak berjuta juta ringgit telah dibelanjakan bagi sektor pendidikan. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan begitu menitikberatkan pendidikan agar remaja masa kini dapat meneruskan kesinambungan kestabilan Negara.

Angkatan belia yang perihatin,

Menggempur paragmatik terakhir, “Remaja Terbuka Negara Ternama.

Remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadipendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Sikap remaja seperti ini menjadi tunggak pemerkasaan Negara. Tan sri muhyidin pernah berucap dalam perhimpunan belia 1malaysia, “belia yang memiliki sikap keterbukaan akan nenjadi tulang belakang Negara, menjadi pendukung negara serta merupakan harapan Negara” Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited serta dipayungi perpaduan antara rakyatnya.



Bonda, ayahanda, kekanda dan adinda sekalian.
Sebelum menjejaki frasa penytup bicara saya, bersamalah kita menghayati kata kata ini,
“Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”

Semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan serta mengekalkan kestabilan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sebelum lidah menyudaki kata,
Sebelum kata menamatkan bicara,
Ampun beribu dipinta saya,
Sekiranya terlanjur tutur dan kata.
Akhirul kalam, bunga cengkih, bunga kantan, terima kasih, syukran jazilan. Salam ukhwah, salam transformasi, dan salam 1 malaysia. Terima kasih.

disampaikn oleh: Saudara Khairul Azhar (SMK USJ 13)
pertandingan pidato piala diraja peringkat daerah (ke-3)