Cuba
kita bayangkan, kita memiliki sepasang tangan, tetapi menggunakan sepasang
kaki untuk makan, kerana tangan tidak dapat digunakan. kita mempunyai sekumpulan belia, tetapi tiada
berguna, tidak jelas arah tujuannya. Walhal, remaja merupakan tunjang kejayaan,
buat malaysia menempuh kemajuan, remaja bukanlah alat permainan, tetapi perlu
memainkan peranan. Atas pedoman ini, percayalah “peranan remaja mengekalkan kestabilan Negara”
Salam aspiasiasi buat peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama
dan seluruh warga dewan berbahagia.
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ceria ikatan murni, salam 1 malaysia.
Kestabilan
Negara ditakrifkan sebagai aman situasi politiknya, kukuh dan progresif
keadaan ekonominya serta makmur kehidupan warganya, sehingga negara mampu
mencorakkan potret kemajuannya, tanpa sebarang halangan, hanyalah kebebasan.
Maka, dalam merealisasikan kestabilan Malaysia,
remaja menjadi tonggak utama dalam menggemilangkan Malaysia di mata dunia,
dengan mengekalkan kestabilan negara.
Persoalannya, apakah peranan remaja dalam
melestarikan kestabilan tanah air tercinta, Malaysia?
Hayatilah
cetusan minda kurniaan allah, paragmatik pertama, “ramaja
berpersonaliti, Negara dihormati”.
Remaja mestilah memiliki etika atau personaliti yang
luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak
kecil lagi kerana remaja yang dangkal imannya sudah pasti
akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja
berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan
berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara
luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti. Hal ini seiring dengan matlamat
kerajaan yang diuar-uarkan menurusi pelbagai kempen seperti kempen “budi
bahasa”. Sadarwarsa ini, kemanakah perginya remaja remaja kita? adakah mereka
bergelar mahasiswa mahasiswi? ataupun bergelar sampah di lorong lohong sepi?
Statistik yang dikeluarkan oleh jabatan kebajikan masyarakat pada tahun 2011,
kira-kira 25% remaja kita terlibat dalam gejala sosial yang kritilkal sehingga
sukar untuk menarik mereka ke pangkal jalan. Adakah ini yang saya impikan? Adakah
ini yang kalian impikan? Adakah ini yang Negara impikan? Ayuh! Bangkitlah para
remaja sekalian, sahutlah semboyan Negara, jadilah insan berguna, agar tidak
terbazir asset Negara, sehingga terpaksa menggelang kepala. Renungkanlah.
Hadirin sekalian,
Merempuh paragmatik
kedua, “Remaja Berilmiah Negara Terserlah”.
Peranan signifikan remaja
ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari
aspek akademik, dan kokurikulum. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu
elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti
demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjana kecemerlangan tamadun bangsa Nya. Remaja kita perlu proaktif, bukanya
berfikiran negatif, tingkatkan ketekunan dan inisiatif agar memenuhi prasyarat
untuk membentuk Negara progresif. Kerajaan turut membelanjakan wang yang banyak
bagi memenuhi kebutuhan pendidikan Negara. Buktinya, menurusi bajet 2012 yang
dibentangkan oleh datuk seri najib bin tun abdul razak, sebanyak berjuta juta
ringgit telah dibelanjakan bagi sektor pendidikan. Ini jelas membuktikan bahawa
kerajaan begitu menitikberatkan pendidikan agar remaja masa kini dapat
meneruskan kesinambungan kestabilan Negara.
Angkatan belia yang
perihatin,
Menggempur paragmatik
terakhir, “Remaja Terbuka Negara Ternama.”
Remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk
membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila
golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran
dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat
memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik,
ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadipendukung untuk
mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan
sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk
mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah
satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Sikap remaja
seperti ini menjadi tunggak pemerkasaan Negara. Tan sri muhyidin pernah berucap
dalam perhimpunan belia 1malaysia, “belia yang memiliki sikap keterbukaan akan
nenjadi tulang belakang Negara, menjadi pendukung negara serta merupakan harapan
Negara” Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka
menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited serta dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Bonda, ayahanda, kekanda dan adinda sekalian.
Sebelum menjejaki frasa penytup bicara saya,
bersamalah kita menghayati kata kata ini,
“Jika
ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernah mengungkap, “Berikan
saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”
Semua
remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana
pembangunan serta mengekalkan kestabilan negara kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sebelum lidah
menyudaki kata,
Sebelum kata
menamatkan bicara,
Ampun beribu
dipinta saya,
Sekiranya
terlanjur tutur dan kata.
Akhirul kalam, bunga
cengkih, bunga kantan, terima kasih, syukran jazilan. Salam ukhwah, salam
transformasi, dan salam 1 malaysia. Terima kasih.
disampaikn oleh: Saudara Khairul Azhar (SMK USJ 13)
pertandingan pidato piala diraja peringkat daerah (ke-3)
still berkhidmat walaupun dah habis skola, respect .
ReplyDeletehaha.. addicted buat benda2 ni. kempunan last year dpt 3rd place je.
Delete