TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA
berdekad dekad lamanya rakyat Malaysia disiksa,
angkara penjajah durjana,
menyiksa, menindas pelbagai cara,
sehingga hatinya gelap dan buta,
gilakan kuasa, gilakan harta.
kini, itu semua dalam kenangan,
insan tersiksa tidak lagi kelihatan,
merdekanya Malaysia bersama
transformasi yang dibiak-biakkan,
bak cendawan tumbuh selepas hujan,
Berjaya transformasi negara aman,
terukir senyuman diwajah anak watan.
Salam aspiasiasi saya hulurkan buat koordinator
bicara yang bermisi, barisan panel hakim yang menjunjung amanah berpaksikan
keadilan, dif-dif kehormat, penjaga masa yang menjaga masa dengan
setepat-tepatnya, serta warga dewan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ceria
ikatan murni, salam 1 malaysia.
Sebelum kata mengatur bicara,
Sebelum anggota mengatur formasi,
Izinkan saya menguraikan mauduk dicara,
Frasa demi frasa saya akan saya kupasi.
Menurut
kamus dewan edisi ke-4, transformasi bermaksud perubahan sifat. Berjaya boleh
diertikan sebagai beroleh kejayaan, rakyat ialah masyarakat sesebuah negara,
dan sejahtera bermaksud aman dan makmur. secara konsepsinya transformasi
Berjaya rakyat sejahtera boleh diertikan sebagai perubahan yang membuahkan
hasil mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan setiap individu. Oleh itu, dengarkan persoalan yang bakal
diungkap oleh saya, transformasi berjaya rakyat sejahtera. Bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 4 perspektif utama saya
ajukan.
Gemilau danau menyilau mata,
Tempat pemuda mengail ikan,
Tutur bicara bakal bermula,
Merayu saya dipinjamkan perhatian.
Warga dewan sekalian,.
Pada tahun
2009, kerajaan telah melancarkan program transformasi kerajaan (gtp) yang
bertujuan mentransformasikan malaysia ke arah sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Hujah
saya yang pertama di bawah kata kunci ekonomi
Gtp telah
menampakkan kejayaan yang penting dan bermakna dalam kesemua nkra, hasil
keberkesanan program ini dapat dilihat dari pelbagai aspek pertamanya
pencapaian pengurangan kemiskinan tegar di malaysia. Melalui pelbagai usaha kerajaan seperti yang
dijalankan baharu-baharu ini, kerajaan telah memberikan wang sumbangan sebanyak
rm500 kepada rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada 3000
serta warga emas yang tidak mempunyai pendapatan sendiri. .sebelum ini juga,
kerajaan telah membina sebanyak 35,095 unit rumah berkos rendah untuk
ditawarkan atau dijual kepada individu yang berhak. Program-program yang
dijalankan ini seiring dengan matlamat kerajaan yang diilhamkan oleh perdana
menteri kita, datuk seri najib tun abdul razak iaitu 1 malaysia, rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan
program-program ini banyak memberilkan manfaat yang positif kepasa rakyat.
Statistik yang dikeluarkan pada 31 disember 2010 telah menunjukkan bahawa
pengurangan 44643 keluarga miskin tegar kepada peratus sifar yang bakinya hanya
berjumlah 108 iaitu sebanyak 0.2%.
Angkatan
belia yang prihatin,
Beralih kepada hujah saya yang kedua,
dibawah kata kunci pembangunan.
Disamping
mengurangkan tahap kemiskinan rakyat, kerajaan juga telah mengambil inisiatif
dalam menaiktaraf kawasan kampung dengan mambina pelbagai infrastruktur seperti
jalan raya, klinik desa, perpustakaan desa dan sebagainya. Cuba kita bayangkan sekiranya tiada kemudahan
seperti ini di desa, apakah masyarakat deesa mampu mencapai kejayaan seperti
yang dicapai oleh mereka kini? Di kawasan pedalaman, kerajaan turut
menitikberatkan pembangunan secara berskala besar. Sehingga akhir tahun 2010,
hasil pantas yang berikutnya berjaya dicapai oleh program pembangunan luar
bandar (nkra) ialah, lebih 35,000 isi rumah tambahan menerina bekalan air
bersih. Selain itu, lebih 27,000 isi rumah manerima bekalan ilektrik 24 jam.
Lebih 16,000 rumah juga dibina atau dibaikpulih untuk penduduk miskin luar
bandar; dan lebih 750 km jalan-jalan kampung dibina di seluruh negara. Dengan
yang demikian, transformasi kerajaan ini berjaya mengubah kehidupan dan member
makna kepada lebih dua juta rakyat malaysia. Pencapaian kerajaan ini jelas
mambuktikan transfotmasi berjaya mampu menjaminkehidupan rakyat yang lebih
sejahtera, mudah lagi memudahkan.
Pemuda dan pemudi angkatan negara
sekalian,
Hujah saya
yang seterusnya, transformasi pendidikan.
Menurut falsafah pendidikan kebangsaan, "pendidikan di malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. seiring
dengan falsafah pendidikan
kebangsaan ini, kerajaan telah menjalankan benyak transformasi dalam bidang
pendidikan misalnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Program
pendidikan percuma ni sedikit sebanyak mampu meningkatkan lagi tahap pencapaian
akedemik masyarakat malaysia. Buktinya, peda tahun 2010, sebanyak 2o sekolah
telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi yang terdiri daripada 14
buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah. Selain itu, kerajaan turut
menyediakan suasana persekitaran sekolah yang kondusif yang mengambilkira semua
aspek tidak kira keselamatan mahupun infrastruktur. Jika kita lihat, kebanyakan
sekolah kini diberi peruntukan untuk membina tembok batu di sekeliling sekolah
bagi mengelakkan penceroboham. Peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan ini
jelas menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dalam menjaga keselamatan para
pelajar di sekolah. Banyak keselesaan dan kesenangan yang mampu diperoleh
sekiranya kita sering menghargai transformasi yang ada. Oleh yang demikian,
buangkanlah sikap beri betis hendak peha, sebaliknya bersyukurlah dengan apa
yang ada.
Warga
dewan yang menjunjung keadilan yang sama rata.
Hujah saya yang terakhir, membasmi rasuah.
Dalam usaha
kerajaan untuk memerangi rasuah, kerajaan telah mewujudkan pengkalan data
pesalah rasuah peling terperinci di rantau ini. Pengkalan data dalam talian
macc ‘name-and-shame’ telah diwujudkan dan mengandungi nama gambar, no kad
pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabit dengan
salah laku rasuah. Pada akhir tahun 2010, 284 pesalah telah disenaraikan
mengatasi sasaran seramai 84 pesalah. Transformasi yang besar turut berlaku
apabila keputusan transperency international
global corruption barometer menunjukkan bahawa dalam tempoh setahun usaha
sama dilaksanakan bagi menangani rasuah oleh agensi-agensi penguatkuasaan
undang-undang dan langkah meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan
disamping memperbaiki kerangka institusi, terdapat peningkatan hamper sekali
ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha kerajaan
memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28% kepada 48% pada tahun 2010.
Transformasi kerajaan dalam membenteras rahsuah ini menjadi titik tanda dalam
mewujudkan negara yang berteraskan keadilan dan kesamarataan. Keadilan dan kesamarataan
yang wujud ini member peluang buat setiap rakyat di malaysia untuk bersaing
secara adil tanpa penindasan. Oleh itu, perangi rasuah kerana rasuah musuh
negara yang mampu menjatuhkan air muka dan identiti negara kita.
Bonda,
ayahanda, kekanda dan adinda sekalian.
Sebelum
menjejaki frasa penytup bicara saya, bersamalah kita menghayati sepotong ayat
al-quran yang bermaksud “ segala kerosakan yang berlaku di laut mahupun di
darat adalah berpunca daripada bikinan tangan manusia itu sendiri” oleh yang
demikian, bersamalah kita mensyukuri dan memelihara transformasi yang ada agar
bisa menjalani hidup yang lebih sejahtera.
Sebelum lidah menyudaki kata,
Sebelum kata menamatkan bicara,
Ampun beribu dipinta saya,
Sekiranya terlanjur tutur dan kata.
Akhirul kalam, bunga cengkih, bunga kantan, terima kasih, syukran jazilan. Salam
ukhwah, salam transformasi, dan salam 1 malaysia. Terima kasih.
Teks pidato untuk pra-u kah? Sebab Pidato Piala Diraja hanya memerlukan 3 isi/idea sahaja.
ReplyDeletetak.. teks pidato waktu zon, 4 isi.. tapi kalah dgn misykat :(
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEh, macam pernah dengar je, hehehehe, tak bagi tau aku kau ada blog eh :D -Misykat-
ReplyDeletehaha.. bwt apa nk bg tau, x pernah guna pn sblm ni. pernah dengar eh? siapa yg sampaikn? lol.
Delete