Friday, November 2, 2012

TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA



TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

berdekad dekad lamanya rakyat Malaysia disiksa,
angkara penjajah durjana,
menyiksa, menindas pelbagai cara,
sehingga hatinya gelap dan buta,
gilakan kuasa, gilakan harta.

kini, itu semua dalam kenangan,
insan tersiksa tidak lagi kelihatan,
merdekanya Malaysia bersama
transformasi yang dibiak-biakkan,
bak cendawan tumbuh selepas hujan,
Berjaya transformasi negara aman,
terukir senyuman diwajah anak watan.

Salam aspiasiasi saya hulurkan buat koordinator bicara yang bermisi, barisan panel hakim yang menjunjung amanah berpaksikan keadilan, dif-dif kehormat, penjaga masa yang menjaga masa dengan setepat-tepatnya, serta warga dewan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ceria ikatan murni, salam 1 malaysia.

Sebelum kata mengatur bicara,
Sebelum anggota mengatur formasi,
Izinkan saya menguraikan mauduk dicara,
Frasa demi frasa saya akan saya kupasi.

Menurut kamus dewan edisi ke-4, transformasi bermaksud perubahan sifat. Berjaya boleh diertikan sebagai beroleh kejayaan, rakyat ialah masyarakat sesebuah negara, dan sejahtera bermaksud aman dan makmur. secara konsepsinya transformasi Berjaya rakyat sejahtera boleh diertikan sebagai perubahan yang membuahkan hasil mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan setiap individu.  Oleh itu, dengarkan persoalan yang bakal diungkap oleh saya, transformasi berjaya rakyat sejahtera. Bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 4 perspektif utama saya ajukan.
Gemilau danau menyilau mata,
Tempat pemuda mengail ikan,
Tutur bicara bakal bermula,
Merayu saya dipinjamkan perhatian.
Warga dewan sekalian,.
Pada tahun 2009, kerajaan telah melancarkan program transformasi kerajaan (gtp) yang bertujuan mentransformasikan malaysia ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Hujah saya yang pertama di bawah kata kunci ekonomi
Gtp telah menampakkan kejayaan yang penting dan bermakna dalam kesemua nkra, hasil keberkesanan program ini dapat dilihat dari pelbagai aspek pertamanya pencapaian pengurangan kemiskinan tegar di malaysia. Melalui  pelbagai usaha kerajaan seperti yang dijalankan baharu-baharu ini, kerajaan telah memberikan wang sumbangan sebanyak rm500 kepada rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada 3000 serta warga emas yang tidak mempunyai pendapatan sendiri. .sebelum ini juga, kerajaan telah membina sebanyak 35,095 unit rumah berkos rendah untuk ditawarkan atau dijual kepada individu yang berhak. Program-program yang dijalankan ini seiring dengan matlamat kerajaan yang diilhamkan oleh perdana menteri kita, datuk seri najib tun abdul razak iaitu 1 malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program-program ini banyak memberilkan manfaat yang positif kepasa rakyat. Statistik yang dikeluarkan pada 31 disember 2010 telah menunjukkan bahawa pengurangan 44643 keluarga miskin tegar kepada peratus sifar yang bakinya hanya berjumlah 108 iaitu sebanyak 0.2%.

            Angkatan belia yang prihatin,
Beralih kepada hujah saya yang kedua, dibawah kata kunci pembangunan.
Disamping mengurangkan tahap kemiskinan rakyat, kerajaan juga telah mengambil inisiatif dalam menaiktaraf kawasan kampung dengan mambina pelbagai infrastruktur seperti jalan raya, klinik desa, perpustakaan desa dan sebagainya.  Cuba kita bayangkan sekiranya tiada kemudahan seperti ini di desa, apakah masyarakat deesa mampu mencapai kejayaan seperti yang dicapai oleh mereka kini? Di kawasan pedalaman, kerajaan turut menitikberatkan pembangunan secara berskala besar. Sehingga akhir tahun 2010, hasil pantas yang berikutnya berjaya dicapai oleh program pembangunan luar bandar (nkra) ialah, lebih 35,000 isi rumah tambahan menerina bekalan air bersih. Selain itu, lebih 27,000 isi rumah manerima bekalan ilektrik 24 jam. Lebih 16,000 rumah juga dibina atau dibaikpulih untuk penduduk miskin luar bandar; dan lebih 750 km jalan-jalan kampung dibina di seluruh negara. Dengan yang demikian, transformasi kerajaan ini berjaya mengubah kehidupan dan member makna kepada lebih dua juta rakyat malaysia. Pencapaian kerajaan ini jelas mambuktikan transfotmasi berjaya mampu menjaminkehidupan rakyat yang lebih sejahtera, mudah lagi memudahkan.

            Pemuda dan pemudi angkatan negara sekalian,
Hujah saya yang seterusnya, transformasi pendidikan.
Menurut falsafah pendidikan kebangsaan, "pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan ini, kerajaan telah menjalankan benyak transformasi dalam bidang pendidikan misalnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Program pendidikan percuma ni sedikit sebanyak mampu meningkatkan lagi tahap pencapaian akedemik masyarakat malaysia. Buktinya, peda tahun 2010, sebanyak 2o sekolah telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi yang terdiri daripada 14 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah. Selain itu, kerajaan turut menyediakan suasana persekitaran sekolah yang kondusif yang mengambilkira semua aspek tidak kira keselamatan mahupun infrastruktur. Jika kita lihat, kebanyakan sekolah kini diberi peruntukan untuk membina tembok batu di sekeliling sekolah bagi mengelakkan penceroboham. Peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan ini jelas menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dalam menjaga keselamatan para pelajar di sekolah. Banyak keselesaan dan kesenangan yang mampu diperoleh sekiranya kita sering menghargai transformasi yang ada. Oleh yang demikian, buangkanlah sikap beri betis hendak peha, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada.

            Warga dewan yang menjunjung keadilan yang sama rata.
Hujah saya yang terakhir,  membasmi rasuah.
Dalam usaha kerajaan untuk memerangi rasuah, kerajaan telah mewujudkan pengkalan data pesalah rasuah peling terperinci di rantau ini. Pengkalan data dalam talian macc ‘name-and-shame’ telah diwujudkan dan mengandungi nama gambar, no kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabit dengan salah laku rasuah. Pada akhir tahun 2010, 284 pesalah telah disenaraikan mengatasi sasaran seramai 84 pesalah. Transformasi yang besar turut berlaku apabila keputusan transperency international global corruption barometer menunjukkan bahawa dalam tempoh setahun usaha sama dilaksanakan bagi menangani rasuah oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan langkah meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan disamping memperbaiki kerangka institusi, terdapat peningkatan hamper sekali ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28% kepada 48% pada tahun 2010. Transformasi kerajaan dalam membenteras rahsuah ini menjadi titik tanda dalam mewujudkan negara yang berteraskan keadilan dan kesamarataan. Keadilan dan kesamarataan yang wujud ini member peluang buat setiap rakyat di malaysia untuk bersaing secara adil tanpa penindasan. Oleh itu, perangi rasuah kerana rasuah musuh negara yang mampu menjatuhkan air muka dan identiti negara kita.

            Bonda, ayahanda, kekanda dan adinda sekalian.
Sebelum menjejaki frasa penytup bicara saya, bersamalah kita menghayati sepotong ayat al-quran yang bermaksud “ segala kerosakan yang berlaku di laut mahupun di darat adalah berpunca daripada bikinan tangan manusia itu sendiri” oleh yang demikian, bersamalah kita mensyukuri dan memelihara transformasi yang ada agar bisa menjalani hidup yang lebih sejahtera.

Sebelum lidah menyudaki kata,
Sebelum kata menamatkan bicara,
Ampun beribu dipinta saya,
Sekiranya terlanjur tutur dan kata.


Akhirul kalam, bunga cengkih, bunga kantan, terima kasih, syukran jazilan. Salam ukhwah, salam transformasi, dan salam 1 malaysia. Terima kasih.

5 comments:

  1. Teks pidato untuk pra-u kah? Sebab Pidato Piala Diraja hanya memerlukan 3 isi/idea sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. teks pidato waktu zon, 4 isi.. tapi kalah dgn misykat :(

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Eh, macam pernah dengar je, hehehehe, tak bagi tau aku kau ada blog eh :D -Misykat-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bwt apa nk bg tau, x pernah guna pn sblm ni. pernah dengar eh? siapa yg sampaikn? lol.

      Delete