Friday, March 29, 2013

diam seribu bahasa

Diam seribu bahasa,
Mencari cari sejuta rahsia,
Disebalik kehidupan seorang manusia,
Yang hidupnya biasa sahaja,
Tetapi hatinya cekal bak permata,
Kelihatan lembut tetapi penuh berguna.

Diam seribu bahasa,
Disaat waktu berputar semata,
Diwaktu akal merungkai rahsia,
Terpaku ku berdiri melihat dunia,
Kelihatan indah luarannya sahaja,
Tetapi hakikatnya tiada berguna.



Diam seribu bahasa,
Hati kecilku bertanya,
Apakah ertinya kehidupan manusia?
Untuk memenuhi nafsu semata,
Atau untuk dimanfaatkan sebaiknya,
Menjadi mangsa syaitan durjana,
Ataupun mengabdikannya pada yang maha esa.

Diam seribu bahasa,
Disaat langkah terhenti sementara,
Merenung ke sudut dunia,
Berlinangan air mata,
Menangisi setiap titisan dosa,
Yang hampir menggelapkan jiwa.
Baharu ku sedari diriku alpa,
Mencari kerdipan sinar di sebalik kegelapan dunia,
Mendambarkan keampunan yang maha esa.

 

 

No comments:

Post a Comment