Thursday, April 4, 2013

usah mengharap

Di saat kita sedang berhadapan dengan suatu masalah ataupun situasi, pastinya kita mengharapkan kesudahan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, pengharapan yang terlalu tinggi kadangkala membuatkan kita terlalu yakin akan diri sendiri.

Tatkala kita jatuh tersungkur dan kecundang pastinya kita tidak akan mampu untuk bangkit semula kerana sakitnya amat mendalam dan berkesan.

Diibaratkan, sekiranya kita jatuh dari suatu kawasan yang terlalu tinggi, sudah tentu impaknya terlalu besar.

Hakikat dan naluri setiap insan pastinya inginkan yang terbaik, tetapi harus di ingat mengukur baju biarlah pada diri sendiri.


 Harapan menggunung biarlah beruntung,
Janganlah hanya angan angan kosong,
Mungkin kedengaran agak terpurung,
Namun lebih baik daripada terkurung,
Tiada jalan mahupun lorong,
 Untuk meninggalkan harapan yang diusung,
Sakitnya hampa tidak terhitung,
 Segala beban diri menanggung.







 

No comments:

Post a Comment