Wednesday, March 6, 2013

MUSLIMAH BERKUALITI NEGARA DIHORMATI



Bismillahhirrahmanirrahim,
                                Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan pengurusi majlis, para hakim yang bijaksana, dan seterusnya warga dewan yang dikasihi sekalian.

Tegap melangkah puteri remaja,
Segagah langkah serikandi nusa,
tampil saya bersulamkan kata,
muslimah berkualiti Negara dihormati

Menurut kamus dewan edisi ke 4,  muslimah bermaksud wanita beragama islam, berkualiti boleh diertikan sebagai bermutu, negara bermaksud sebuah kawasan yang didiami oleh suatu masyarakat  yang diperintah oleh sebuah kerajaan dan dihormati bererti dipandang tinggi. Oleh itu, saya berdiri di sini adalah umtuk menguarkan wacana muslimah berkualiti, negara dihormati.

Hadirin sekalian,
                                Hujah saya yang pertama ialah keimanan dan ketakwaan yang mantap. Antara contoh wanita bertaqwa ialah isteri imran. Dikisahkan bahwa Imran dan istrinya sudah berusia lanjut. Akan tetapi keduanya belum juga dikaruniai seorang anak. Maka istri Imran bernazar, seandainya ia dikaruniai Allah seorang anak ia akan serahkan anaknya itu untuk menjadi pelayan rumah Allah (Baitul Maqdis). Nazar itu ia ikrarkan karena ia sangat berharap agar anak yang akan dikaruniakan Allah itu adalah laki-laki sehingga bisa menjadi khadim (pelayan) yang baik di Baitul Maqdis. Ternyata anak yang dilahirkannya adalah perempuan. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Allah swt. telah menakdirkan anaknya adalah perempuan dan ia tetap wajib melaksanakan nazarnya. Demikianlah saudara dan saudari, betapa besarnya ketaqwaan beliau. firman allah dalam surah al imran ayat 102 berbunyi:

102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.

Warga dewan sekalian,
                Hujah saya yang ke 2 ialah ilmu. Dalam membentuk muslimah berkualiti, ia perlulah berpengetahuan duniawi dan ukhrawi. Firman allah dalam surah al mujadalah ayat 11
11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

Mengikut statistik sehingga akhir tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, kira-kira 60.39 peratus adalah pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki.  Fenomena ini jelas membuktikan bahawa wanita berkualiti mampu meneraju negara menjadi negara yang dihormati.

Hadirin sekalian,
                Hujah saya yang seterusnya. Wanita berkualiti haruslah berakhlak mulia.  Contohnya Saidatina Khadijah. Beliau  seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya bahkan beliau tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. Firman allah dalam surah at taubah ayat 20 yang berbunyi
  
20. (Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.

Warga dewan tang dirahmati allah sekalian,
                Hujah saya yang seterusnya kepimpinan. Wanita yang mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dunia dan akhirat mampu melahirkan negara yang dihormati. Firman allah dalam surah At taubah ayat 41
  
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Hadirin dan hadirat sekalian,
                Hujah saya yang ke lima, ibadah berkualiti. Wanita berkualiti haruslah mempunyai ibadah yang berkualiti. Firman allah dalam  surah al baiyyinah ayat 5 yang berbunyi

  
5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.
Contoh wanita yang berkualiti ibadahnya ialah masyitah. Beliau dibunuh dengan kejam kerana mempertahankan agama allah. Keimanan beliau tetap teguh dan tidak luntur walaupun sedikitpun. Oleh itu, saya menyeru warga dewan sekalian peliharalah ibadatmu dan jangan sesekali mengabaikannya.
Saudara dan saudari sekalian.
                Hujah saya yang terakhir kreatif dan inovatif. Wanita yang kreatif dan inovatifdalam semua aspek dapat memartabatkan Negara sebagai sebuah Negara yang dihormati. Statistik pada tahun 2007 menunjukkan bilangan pekerja di Malaysia, terdiri daripada  62 peratus lelaki dan 38 peratus wanita.  Statistik ini jelas membuktikan keretiviti dan inovasi wanita dalam meningkatkan ekonomi negara.  Firman allah

  
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.


                Para hadirin yang dimuliakan, selesai sudah bingkisan saya dalam menguar-uarkan wacanawanita berkualiti negara dihormati. Sebelum saya mengundur diri, bersamalah kita menadah tangan ke pelata langit agar segala hajat kita untuk mambentuk keluarga sejahtera diperkenankan allah. Akhir kalam, orang putih orang pakistan, terima kasih syukran jazilan.sekian wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment