Wednesday, March 6, 2013

PENDIDIKAN ALQURAN MEMBINA KELUARGA BAHAGIA



Bismillahhirrahmanirrahim,
                Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan pengurusi majlis, terima kasih kerana menjemput saya untuk tampil di atas pentas ini, para hakim yang bijaksana, para guru yang dihormati, dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Tegap melangkah puteri remaja,
Segagah langkah serikandi nusa,
 tampil saya bersulamkan kata,
pendidikan alquran membina keluarga bahagia.
Saudara dan saudari sekalian,
                Secara umumnya, keluarga merupakan satu keperluan yang  asasi dalam kehidupan setiap insan. Hal ini kerana, setiap insan dilahirkan dalam sebuah keluarga dan setiap insan itu juga bakal mambentuk sesebuah keluarga. Dalam konteks ini, keluarga yang sejahtera amatlah perlu kerana pendidikan awal setiap insan bermula daripada keluarga. Jika sejahtera keluarga itu, maka sejahteralah insan itu. Tetapi jika pincang keluarga itu,maka rosaklah insan itu. Oleh itu, saya berdiri di sini adalah untuk menobatkan pendidikan alquran dalam membina keluarga bahagia.
                Hadirin sekalian, dalam al-quran allah telah menyentuh bab pemilihan pasangan menurut islam. Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam.  Antara ciri bakal suami adalah beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t, bertanggungjawab terhadap semua benda, serta berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. Ciri-ciri bakal isteri menurut islam pula ialah beriman & solehah, dan tidak memandang harta semata-mata. Namun begitu, mengapa masih ada segelintir masyarakat yang enggan serta menolak ajaran allah ini? Masyaallah! Apakah ini sebabnya berlaku penceraian, keretakan rumah tangga serta keluarga yang dalaknat allah. Allah telah berfirman dalam al-quran
 
21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

Warga dewan sekalian, 

                Hujah saya yang kedua. Alquran ada mendidik kita agar beriman dan bertaqwa. Keluarga yang dibina berasaskan iman dan taqwa akan menjadikan keredhaan allah sebagai matlamatnya. Dengan cara begini, seluruh proses dalam mambangunkan keluarga tersebut akan menjadi ibadah yang diterima allah. Antara contoh keluarga bertaqwa ialah keluarga imran. Dikisahkan bahwa Imran dan istrinya sudah berusia lanjut. Akan tetapi keduanya belum juga dikaruniai seorang anak. Maka istri Imran bernazar, seandainya ia dikaruniai Allah seorang anak ia akan serahkan anaknya itu untuk menjadi pelayan rumah Allah (Baitul Maqdis). Nazar itu ia ikrarkan karena ia sangat berharap agar anak yang akan dikaruniakan Allah itu adalah laki-laki sehingga bisa menjadi khadim (pelayan) yang baik di Baitul Maqdis. Ternyata anak yang dilahirkannya adalah perempuan. Istri Imran tidak dapat berbuat apa-apa. Allah swt. telah menakdirkan anaknya adalah perempuan dan ia tetap wajib melaksanakan nazarnya. Ia tidak mengetahui bahwa anak perempuan yang dilahirkannya itu bukanlah anak biasa. Karena ia yang kelak akan menjadi ibu dari seorang nabi dan rasul pilihan Allah.
Demikianlah saudara dan saudari, betapa besarnya ketaqwaan keluarga ini. firman allah dalam surah al imran ayat 191 berbunyi:
 

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Hadirin yang dihormati sekalian,
                Allah juga ada memegaskan bahawa keluarga merupakan tangungjawab bersama bagi suami, isteri, mahupun anak anak. Firman allah berbunyi
 

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.

                Hadirin yang dikasihi allah sekalian, sebagai seisi keluarga, adalah tanggungjawab kita sebenarnya untuk membendung kemaksiatan daripada terus menghantui keluarga kita. Kita wajib menegur perlakuan salah yang berlaku selagi ianya tidak melanggar batas akidah dan akhlak kita.  Selain itu, suami isteri juga haruslah memainkan peranan masing masing dalam membentuk keluarga sejahtera. Perkara paling penting yang memerlukan kerjasama dan penggemblingan tenaga kedua suami isteri ialah mendidik dan membesarka anak-anak dengan cara hidup islam.  Mereka hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh insaf, sedar, marasai masyuliah yang tinggi dan merasa gerun terhadap ancaman allah akibat daripada kecuaian dalam mendidik anak-anak. Kita dapati hari ini, ibu bapa hanya menganbil berat akan fizikal anak anak. Mereka tidak pernah menghiraukan persaan dan jiwa mereka. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru semua warga dewan disini, mainkanlah peranan dan tanggungjawab anda sebaiknya. Jangan biarkan keluarga mu menarikmu ke dalam neraka hanya kerana sikapmu. 


Saudara dan saudari,
                Dalam membentuk keluarga yang sejahtera, ibu bapa perlulah mampunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mencakupi dunia dan akhirat. Hal ini kerana, ibu bapa akan menjadi rol model anak anak. Janganlah kita menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan.  oleh yang demikian, sebelum mendirikan rumah tangga, pestikan diri kita telah lengkap dengan pelbagai ilmu bagi mengelakkan kepincangan dalam rumah tangga. Ilmu bukan hanya yang tercatat dalam buku sahaja, tetapi ia merangkumi segala galanya. Segala perbuatan dan tingkah kita juga marangkumi ilmu. Setiap apa yang diperintahkan oleh allah dan rasulnya juga merupakan ilmu. Firman allah dalam surah al mujadalah:


11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.


Hadirin sekalian,
           sebagai pelengkap kepada membentuk keluarga sejahtera, alquran telah mengajar kita kehidupan secara bertoleransi.  Janganlah kita menjadi dedalu yang hanya melepaskan pucuk masing masing. Cubalah memahami ahli keluarga anda dan bertolak ansurlah dengan mereka.dalil alquran dalam surah al maidah   ayat 2
  
2. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Janganlah kamu mananam rasa benci terhadap ahli keluargamu, sebaliknya sayangilah mereka. Sesungguhnya allah amat sayang akan orang yang menyanyangi keluarganya. mudah mudahan dengan adanya sikap toleransi antara ahli keluarga dapat menjamin masa depan keluarga yang sejahtera. 



          Alquran juga ada mendidik kita bresikap berwawasan. Firman allah dalam surah ali imran ayat 159

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Harus saya tekankan di sini bahawa, keluarga berwawasan mempunyai masa depan yang sejahtera. Mungkin antara alternatif yang boleh diambil untuk membentuk keluarga yang berwawasan adalah dengan menghantar anak anak ke sekolah tahfiz. Mereka boleh mempelajari banyak ilmu dari aspek duniawi dan akhirat. Sekiranya mereka telah diberikan pendidikan yang mampu membina wawasan diri, maka mudahlah untuk membina keluarga yang sejahtera. 


Para hadirin yang dimuliakan, selesai sudah bingkisan saya dalam menguar-uarkan wacana pendidikan alquran membina keluarga sejahtera. Oleh itu, bersamalah kita mengambil iktibar daripada apa yang telah saya sampaikan pada hari ini. Pendayung sudah di tangan perahu sudah di air. Jadi apa yang ditunggukan lagi, bersamalah kita menjadi penggerak dalam mewujudkan keluarga yang sejahtera. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf seandainya ada kata kata saya sebentar tadi yang menyakiti mana mana pihak. Akhir kata, orang putih orang pakistan, terima kasih syukran jazilan. Sekian wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.


No comments:

Post a Comment